Netanyahu rancang namakan penempatan di Bukit Golan sempena Trump

Presiden Trump selesai menandatangani deklarasi mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel pada 25 Mac lalu di Rumah Putih sambil diperhatikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. - Foto AFP
Presiden Trump selesai menandatangani deklarasi mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel pada 25 Mac lalu di Rumah Putih sambil diperhatikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan merancang untuk menamakan sebuah penempatan baharu di Bukit Golan sempena Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut Netanyahu, langkah tersebut bertujuan menghargai pengiktirafan Trump terhadap 'kedaulatan' rejim Israel ke atas Bukit Golan pada bulan Mac lalu.

"Semua rakyat terharu dengan keputusan Trump mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel, oleh itu saya akan membincangkan satu resolusi untuk menamakan sebuah penempatan baharu di Bukit Golan sempena Presiden Donald Trump," kata Netanyahu.

Terdahulu, tindakan Trump mengiktiraf Bukit Golan yang dirampas dari Syria ketika Perang Enam Hari pada 1967 sebagai milik Israel mengundang kemarahan dunia yang menganggap keputusan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa yang termaktub dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Syria turut menyifatkan keputusan biadab Trump sebagai serangan terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: