Yayasan UEM peruntuk RM223,200 bantu pelajar UUM

Roslan (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar terpilih ketika majlis penyampaian sumbangan di Dewan Pusat Konvensyen UUM, baru-baru ini.
Roslan (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar terpilih ketika majlis penyampaian sumbangan di Dewan Pusat Konvensyen UUM, baru-baru ini.
A
A
A

SINTOK - Yayasan UEM memperuntukkan RM223,200 kepada 62 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah kategori B40 iaitu pelajar yang memerlukan bantuan sara hidup, baru-baru ini.

Pemegang Amanah Yayasan UEM, Roslan Abd Razak berkata, pelajar yang layak menerima sumbangan wang tunai RM1,800 seorang dan juga bantuan dalam bentuk barangan untuk dua semester.

Katanya, bagaimanapun pelajar perlu proaktif dan sentiasa merebut peluang yang ada tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan.

“Mereka perlu berusaha dan cuba mengubah diri ke arah yang lebih baik untuk mencipta inovasi dan kreativiti dalam mendepani cabaran di masa depan,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan di Dewan Pusat Konvensyen UUM, baru-baru ini.

Pihak Yayasan UEM bersama warga UUM selepas majlis penyampaian sumbangan di Dewan Pusat Konvensyen UUM.
Pihak Yayasan UEM bersama warga UUM selepas majlis penyampaian sumbangan di Dewan Pusat Konvensyen UUM.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan UEM kerana membantu pelajar kampus berkenaan.

“Universiti sentiasa bergiat aktif untuk mencari bantuan daripada semua pihak untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan melalui Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar UUM (SSSU) yang diketuai oleh Pengarahnya Dr Rajwani Md Zain," katanya.

Artikel Berkaitan: