Kuota buat bukan Bumiputera perlu kajian menyeluruh

Abbas Azmi
Abbas Azmi
A
A
A

SHAH ALAM - Satu kajian terperinci perlu dilaksanakan berhubung isu kuota pelajar bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Pemuda Amanah Selangor, cberkata, dengan keadaan ekonomi tidak menentu pada masa kini, kaum selain Bumiputera juga terdesak untuk mendapat tempat bagi menyambung pelajaran mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

"Dalam era Malaysia Baru, kesejahteraan dan keharmonian semua kaum perlu diutamakan dengan memberikan hak yang sepatutnya kepada pihak terlibat.

"Jika cadangan (menaikkan kuota bukan bumiputera) ini mempunyai hujah atau kebenarannya, maka satu kajian perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, setiap pihak disaran supaya tidak terperangkap dengan isu perkauman yang dibangkitkan oleh pihak tertentu berhubung isu ini.

"Kita jangan terperangkap dengan isu perkauman membabitkan perkara ini kerana hak orang Melayu itu jelas termaktub dalam perlembagaan.

"Di samping itu tidak dinafikan hak bukan Bumiputera dan cadangan ini memerlukan kajian menyeluruh," katanya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini berkata, dasar memperuntukkan 90 peratus tempat dalam program itu untuk pelajar Bumiputera masih diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau berkata jemaah menteri minggu ini akan bincang sama ada kuota lebih besar diberi kepada pelajar bukan Bumiputera.

Susulan itu, Bersatu menerusi satu kenyataan menyokong penuh tindakan KPM tersebut, namun sokongan itu mendapat kecaman Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy yang menyifatkan kenyataan itu sebenarnya mencerminkan pendirian parti dan tidak ubah seperti Umno yang mengamalkan perjuangan politik perkauman selama ini.