Lelaki transeksual dibunuh kejam

Surgutskaya dibunuh kejam oleh Tikhonov selepas menyedari dia adalah seorang lelaki
A
A

MOSCOW - RUSIA. Seorang doktor di Rusia mengaku membunuh dan mengerat-ngerat tubuh seorang 'wanita' selepas dia mendapati mangsa telah menjalani pembedahan untuk menukar jantina.

Mikhail Tikhonov, 27, turut memasak beberapa bahagian tubuh mangsa di dalam ketuhar dan mengepam cebisan mayatnya ke dalam tandas.

Menurut polis, Tikhonov keluar dengan Nina Surgutskaya, 25, di Kursk sebelum kembali ke kediaman mangsa.

"Dia menyedari Surgutskaya adalah transeksual selepas mereka melakukan hubungan intim. Dia yang berang kerana ditipu bertindak mencekik mangsa hingga mati dan cuba menyembunyikan pembunuhan itu dengan menghapuskan mayatnya serta turut mengerat-ngerat organ dalamannya.

"Tikhonov kemudiannya memasukkan kepala, kaki dan tangan Surgutskaya ke dalam beg pakaian serta membawa pulang ke rumahnya. Dia memotong bahagian itu dan membuangnya ke dalam tong sampah," ujarnya.

Dia akhirnya ditangkap sebelum sempat menghapuskan bahagian lain tubuh mangsa. Lelaki itu bagaimanapun menafikan dia adalah kanibal.

Jika disabit bersalah, Tikhonov bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun. Difahamkan, Surgutskaya telah didaftarkan sebagai 'wanita' oleh pihak berkuasa Rusia. - Daily Mail