Sinar Kasih bantu pelajar miskin, OKU

Dr Siti Hasmah (tiga,kiri) membuat pelancaran Program Sinar Kasih di MSU Shah Alam.
Dr Siti Hasmah (tiga,kiri) membuat pelancaran Program Sinar Kasih di MSU Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) melancarkan program Sinar Kasih dalam usaha bagi memberi akses pendidikan kepada golongan yang memerlukan.

Program hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Management & Science University (MSU) itu adalah berkonsepkan 'home coaching' khusus buat pelajar sekolah menengah yang menghidap penyakit kronik serta kelainan upaya (OKU).

Pengarah Program Sinar Kasih, Datin Norlin Shamsul Bahri berkata inisiatif tersebut juga berperanan bagi membantu pelajar berkenaan dalam aspek khidmat nasihat, kaunseling dan sebagainya.

"Tujuan kami adalah untuk memberi perhatian mendalam kepada pelajar yang terlepas pandang," katanya pada sidang media selepas pelancaran program berkenaan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) Kasih Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di MSU Shah Alam.

Mengulas lanjut, program ini akan memberi perhatian khusus kepada pelajar tingkatan empat dan lima untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kerjasama pihak Parlimen secara secara langsung menolong rakyat di kawasan mereka.

"Pelajar menghadapi masalah ini akan dipantau sehingga menduduki SPM, jika perlu sebarang rawatan kesihatan, mereka akan sambung pembelajaran di hospital.

"Untuk memastikan keberkesanan kasih, kerjasama dengan pihak MSU untuk melatih guru dapat menyesuaikan diri dan dapat untuk menangani emosi semasa mengajar," ujarnya.

Dr Siti Hasmah berkata, program Sinar Kasih merupakan program yang mulia disebabkan objektif program itu bertujuan untuk memberi perhatian kepada pelajar mempunyai masalah kesihatan dan tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Kita perlu tahu bahawa mereka menghadapi masalah sakit kronik, tetapi mereka juga ingin mendapatkan pelajaran, ingin mencapai cita-cita dan juga ingin menjadi seperti kawan-kawan mereka yang lain," katanya.

Dr Siti Hasmah (dua dari kanan) memberi cenderamata kepada kanak-kanak dalam majlis pelancaran Program Sinar Kasih.
Dr Siti Hasmah (dua dari kanan) memberi cenderamata kepada kanak-kanak dalam majlis pelancaran Program Sinar Kasih.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid menyatakan bahawa pihak MSU memberikan kerjasama dengan Kasih Malaysia dalam meneruskan Program Sinar Kasih.

"Pihak Kami amat berbesar hati dapat membantu Kasih Malaysia dalam menjayakan program Sinar Kasih kerana program ini selari dengan falsafah MSU untuk memberi akses pendidikan kepada semua masyarakat.

"Konsep memberi perhatian lebih kepada masyarakat yang menghadapi masalah adalah penting dan menerusi kepakaran yang terdapat bagi pihak kami (MSU) boleh digunakan untuk membantu mereka.

"Saya berharap agar kepakaran pihak kami dapat memberi impak yang besar kepada pelajar dan berharap kerjasama ini dapat mendatangkan manfaat luas kepada masyarakat," katanya.