Pegawai daerah direman lagi kes rasuah

Suspek dibawa keluar selepas perintah tahanan reman selama sehari ke atasnya dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kemaman semalam.
Suspek dibawa keluar selepas perintah tahanan reman selama sehari ke atasnya dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kemaman semalam.
A
A
A

KEMAMAN - Selepas tujuh hari direman, seorang pegawai daerah di negeri ini direman sehari lagi atas siasatan salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM52,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kemaman, Masni Hajar Ghazali.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek berusia 56 tahun itu dipercayai meminta dan menerima suapan berkenaan sebagai balasan untuk meluluskan beberapa kontrak di Kemaman sepanjang tahun lalu semasa bertugas sebagai pegawai kerajaan negeri di daerah ini.

Dia ditahan di Pejabat SPRM cawangan Kemaman, semalam untuk mendapatkan perintah sambung reman.

Suspek sebelum ini direman bagi membantu siasatan kerana disyaki menawarkan projek bernilai RM266,349.18 kepada sekutunya dan meminta serta menerima habuan bernilai RM52,000.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan membabitkan satu projek ubah suai kediaman di Kemaman pada tahun lepas.

Terdahulu, suspek yang diiring pegawai SPRM tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi tadi sebelum meninggalkan mahkamah sejam kemudian dan dibawa ke Pejabat SPRM Cawangan Kemaman untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: