Ilmu falak Malaysia dikagumi negara Islam

Adly (tengah) dan Mohd Zambri (kiri) bergambar bersama selepas Persidangan Jawatankuasa Rukyah Seluruh Malaysia dan Ketua Pegawai Falak Malaysia di sebuah hotel di Ayer Keroh, hari ini.
Adly (tengah) dan Mohd Zambri (kiri) bergambar bersama selepas Persidangan Jawatankuasa Rukyah Seluruh Malaysia dan Ketua Pegawai Falak Malaysia di sebuah hotel di Ayer Keroh, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Malaysia terus berkembang maju dan mendahului negara lain dalam ilmu falak hingga menjadi tempat rujukan negara Islam dunia.

Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin berkata, pelbagai faktor yang menjadikan Malaysia lebih ke hadapan dalam ilmu falak termasuk mempunyai data hilal (anak bulan) yang teratur secara saintifik serta usaha membangunkan perisian statistik melihat hilal dengan lebih jitu dan tepat.

Menurutnya, kejayaan ini juga menyebabkan Malaysia menjadi contoh dan lebih dihormati serta dikagumi negara Timur Tengah seperti Turki dan negara Arab sekali gus mampu mengembalikan semula kegemilangan ilmu falak di negara ini.

"Kita ada data (kajian) bukan untuk tiga bulan rasmi sahaja, tapi seluruh 12 bulan kalendar hijri dan kita rekod tahun ke19, kita akan sambung untuk satu kitaran (drakornik) lagi untuk membuat perisian peramalan hilal bukan hanya digunakan di Malaysia tapi seluruh dunia.

"Ini akan membantu negara Islam di dunia dan kita memang berharap akan menjadi pusat rujukan berkaitan falak dan perisian itu akan digunapakai Organisasi Kerjasama Islam (OIC) ketika merukyah hilal kelak," katanya.

Mohd Zambri berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk kajian hilal di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2018 melalui kaedah saintifik pada Persidangan Jawatankuasa Rukyah Seluruh Malaysia dan Ketua Pegawai Falak Malaysia yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di sebuah Hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd Zambri Zainuddin
Mohd Zambri Zainuddin

"Terdapat negara luar yang menghantar ramai wakil mereka ke negara ini untuk mendalami dan mempelajari ilmu falak yang sememangnya terkandung dan disebutkan dalam al-Quran.

Artikel Berkaitan:

"Ada juga negara UAE yang bertanyakan untuk mendapatkan ko kurikulum kita, namun ia dalam Bahasa Melayu, kerana mereka sebenarnya tertarik program (ilmu falak) yang tiada di negara mereka tapi ada di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mohd Zambri turut mengakui ilmu astronomi semakin diminati orang ramai termasuk pelajar sekolah untuk mempelajari ilmu yang wujud sekian lama terutama melibatkan alam semesta seperti matahari dan bulan.