Keluarga sokong DJ Lin jalani pembedahan fibroid

DJ Lin
DJ Lin
A
A
A

PENYAMPAI Radio Suria, DJ Lin bakal menjalani pembedahan fibroid dalam masa terdekat ini.

Menurutnya ketika dihubungi Sinar Harian, saiz fibroid semakin membesar, selain mengalami penderahan kerap dan kekurangan oksigen sekali gus menjadikan badannya lemah.

"Sebenarnya saya sudah lama tahu menghidap fibroid. Tapi saya lebih memilih untuk mendiamkan diri.

"Selagi masih boleh makan ubat, tak perlulah saya nak hebahkan. Apatah lagi selaku Pengurus Program di Suria, saya perlu gagahkan diri untuk bekerja.

"Sebelum ini keluarga saya tak tahu tentang penyakit ini kerana saya menyembunyikan daripada pengetahuan mak.

“Saya tak mahu buat mak risau kerana dia juga dalam keadaan tidak sihat sekarang. Saya nak jaga emosi dan perasaan mak," katanya.

Tambah DJ Lin lagi, dia dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu atas nasihat doktor.

Artikel Berkaitan:

DJ Lin
DJ Lin

"Saya sudah pergi klinik pada hari Rabu lalu, tapi doktor kata tak ada yang serius sangat. Dari segi tekanan darah pun OK. Oleh itu, doktor hanya berikan ubat sahaja.

"Bagaimanapun, Hari Khamis, sepanjang hari itu saya rasa lain macam. Dah makan ubat tapi kondisi badan saya masih sama. Hari itu saya masih bekerja juga, sampai habis slot saya jam 1 pagi terus pandu ke klinik sekali lagi.

"Bila buat pemeriksaan, bacaan tekanan darah saya mencatatkan 144. Selepas itu doktor terus rujuk saya kepada pakar ke wad kecemasan di Hospital Tawakal.

"Saya terus ke sana dan diwadkan pada jam 3 pagi untuk pemeriksaan lanjut.

"Selepas tiga hari, pada Ahad petang saya dibenarkan keluar hospital. Bagaimanapun doktor nasihatkan saya untuk sentiasa ditemani bila berada di luar sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Ketika ini DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 41, sudah kembali bekerja seperti biasa.