Air Selangor selaras 10 PKS bantu pengguna

282014
282014
A
A
A

SHAH ALAM- Air Selangor menyelaras sepuluh Pusat Khidmat Setempat (PKS) di beberapa lokasi untuk memberikan bantuan kepada pelanggan yang terkesan akibat gangguan bekalan air berjadual.

Pusat Khidmat Setempat ini akan diaktifkan bermula jam 8 pagi pada 26 April ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Abdul Raof Ahmad berkata pusat khidmat ini akan ditempatkan di beberapa kawasan yang terlibat gangguan bekalan air berjadual ini.

"PKS ini ditempatkan di kawasan Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

"Antara lokasinya adalah Dewan MBSA, Jalan Sg Gapis 27/71, Seksyen 27, Shah Alam, Taman Rekreasi, Jalan Delima 8, Bandar Parklands, Jalan B34/B, Off Jalan Bukit Naga, Jalan Kubu Gajah, Taman Sri Buloh U19/1A, Sungai Buloh, Jalan Merah Silu, Bandar Baru Sri Petaling, Jalan Harapan, Seksyen 17 Petaling Jaya, Jalan Kenanga SD 9/5 Bandar Sri Damansara.

"Manakala bagi kawasan Kuala Lumpur adalah lot parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, lot parkir Surau An-Nur, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, manakala Kuala Selangor di Dataran KFC Puncak Alam, Jalan Puncak Alam Jaya 13, Pusat Perdagangan Bandar Puncak Alam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media tadi.

Katanya Air Selangor juga akan mengerakkan sebanyak 82 lori tangki air serta 17 lori tangki jumbo sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua lori ini akan diberi keutamaan bagi kecemasan dan premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, sebanyak 106 buah tangki statik akan ditempatkan di premis kritikal serta lokasi-lokasi strategik.

"Air Selangor juga akan menyediakan sembilan lokasi pili air awam bagi kegunaan pelanggan yang terjejas.

"Masa sama, Air Selangor menyediakan stesen pengisian air khusus bagi pembelian air untuk pelanggan industri, untuk ini, pelanggan industri boleh membuat pembelian air dan berurusan di kaunter-kaunter Pejabat Wilayah Air Selangor dan untuk pembelian air dan perlu menggunakan lori tangki air yang diuruskan sendiri," katanya.

INFO

Klang

Masjid Ar Rahimah Sri Andalas (Berhadapan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang) 2. Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 16 (Bawah Kolam Seksyen 16)

Petaling

Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Tasik Jalan 11/146, Bandar Tasik Selatan, Sg. Besi 2. PJS 3, Taman Medan 3. Pejabat Perhutanan Sungai Buloh, Km 21, Jalan Subang 4. Pejabat Ahli Majlis Zon 23, Taman Awam SS9, Jalan SS9/10

Kuala Lumpur

Gelanggang Futsal, Sungai Besi Kuala Selangor

Pusat Perniagaan Alam Jaya, Jln PPAJ 2/8 2. Pusat Perniagaan Alam Jaya, Jln PPAJ 3/8