Maklumat pasaran tenaga kerja Malaysia kini di hujung jari

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Maklumat mengenai pasaran tenaga kerja Malaysia kini boleh diperoleh di hujung jari melalui pelancaran aplikasi mudah alih baru, Labour Market Information Gateway atau LMI Gateway hari ini.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, melalui LMI Gateway, penyampaian maklumat mengenai pasaran tenaga kerja dapat ditingkatkan dan menjadi lebih efisien dan fleksibel.

"LMI Gateway menyediakan akses cepat kepada maklumat pasaran tenaga kerja kepada pembuat dasar, majikan, pekerja, pencari kerja, penyelidik, ahli akademik dan pelabur," kata beliau ketika melancarkan aplikasi itu di sini hari ini.

Dalam jangka panjang, beliau berkata LMI Getaway bertujuan untuk menjadi rujukan utama kecemerlangan untuk maklumat pasaran tenaga kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, Kula Segaran juga melancarkan Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja Elektronik (e-TUIS), yang membolehkan aktiviti Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di bawah kementerian yang sebelum ini dilakukan secara manual ditukarkan kepada dalam talian.

"Saya percaya manfaat dan kelebihan penggunaan sistem ini akan membantu dalam pentadbiran dan pengurusan kesatuan sekerja," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: