Punca kematian tukang cuci bangunan disiasat

Tular di laman sosial kononnya mangsa maut selepas terkena renjatan elektrik semasa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah bank di bandar raya ini.
Tular di laman sosial kononnya mangsa maut selepas terkena renjatan elektrik semasa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah bank di bandar raya ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang cuci bangunan warga Nepal maut ketika melakukan kerja-kerja mencuci di sebuah bank di bandar raya di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, 23, sedang melakukan kerja-kerja mencuci di bangunan berkenaan bersama lima lagi rakan sekerjanya sebelum rebah secara tiba-tiba.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke bilik forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Abdul Rahim berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.

"Jadi, setakat ini kita tidak boleh mempercayai bulat-bulat andaian tular di media sosial yang kononnya mangsa maut akibat renjatan elektrik kerana ia terlalu awal.

"Malah siasatan awal kami mendapati tiada langsung kesan-kesan pada badan mangsa yang hendak dikaitkan akibat renjatan elektrik seperti yang tular di media sosial" katanya.

Sejak malam tadi, tular di laman sosial seorang pekerja maut akibat renjatan elektrik ketika menggunakan 'waterjet' bagi kerja-kerja membersih cat bangunan di sebuah bank di Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan: