iGuru sambut baik cadangan nilai semula agihan kerja guru

Mohd Azizeeb Hasan
Mohd Azizeeb Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan yang menasihatkan guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas supaya guru tidak terbeban dengan kerja-kerja pentadbiran.

Presiden iGuru, Mohd Azizeeb Hasan berkata, tumpuan masa guru seharusnya diberi keutamaan kepada proses kemenjadian murid melalui sesi rundingan bersama para pelajar dan ibu bapa.

"Langkah ini sebagai memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara sekali gus, membantu mengembalikan golongan guru sebagai superhero.

"Justeru, mereka (guru) tidak sepatutnya terbeban dengan kerja kerani sehingga membantutkan tugas hakiki seorang guru, mengajar dan mendidik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau turut berharap pihak pentadbir melaksanakan arahan kerja dengan mengambil kira kesesuaian sekolah masing-masing tanpa mengorbankan aspek pembangunan manusiawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nilai semula tugas guru

Terdahulu, semalam Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin menjelaskan, daripada kajian yang dilakukan sebanyak 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas pengetua dan guru besar.

Artikel Berkaitan: