Minuman 'homemade' buat yang mahu kurus

Minuman yang membuatkan perut kenyang sepanjang malam
A
A

ANDA mahu kurus? Jom amalkan minuman ini yang berupaya membuatkan perut anda kenyang sepanjang malam. Ia sekaligus menghindarkan anda daripada tabiat mengambil makanan yang berat pada waktu malam. Bahan-bahannya mudah sahaja. Jom cuba!

1) 1 biji epal hijau

2) 2 biji kurma

3) 1 gelas susu (berkrim atau low fat)

4) 1 sudu serbuk Kayu Manis (guna jenis Ceylon lebih bagus)

Caranya:

Potong epal kepada lapan bahagian dan masukkan ke dalam susu, diikuti kurma dan serbuk kayu manis. Kemudian kisar/blend kesemua bahan tersebut dan boleh diminum ! Jangan tapis yer ! Rasanya gerenti enak.

Serbuk kayu manis berbeza daripada yang biasa, jenis Ceylon banyak khasiat dan antaranya:

1) Mengawal kandungan gula dalam darah

2) Memberi manfaat kepada kesihatan jantung dengan memperbaiki peredaran darah

3) Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4) Memperbaiki kesihatan penghadaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

5) Melegakan ketidakselesaan berkaitan dengan kitaran haid wanita.

6) Membantu membunuh dan mencegah pertumbuhan bakteria bahaya serta mencegah jangkitan saluran kencing

7) Agen anti oksidan

Campuran minuman ini baik untuk kesihatan
Campuran minuman ini baik untuk kesihatan