Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada sesi pagi

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

BURSA Malaysia melanjutkan kerugiannya pada sesi dagangan pagi berikutan kegawatan dalam sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

Pada waktu rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 20.83 mata, atau 1.47 peratus, kepada 1,401.00 daripada 1,421.83 pada penutupan Isnin.

Indeks utama itu dibuka 4.87 mata lebih rendah kepada 1,416.96 pada pagi ini.

Keadaan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 705 berbanding 171, manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,087 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.75 bilion unit yang bernilai RM1.15 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur akan menumpukan pada data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Di Bursa Malaysia, firma pembrokeran itu berkata sektor pertahanan dengan asas yang kukuh mungkin melantun semula.

Selain itu, saham teknologi tempatan mungkin juga melantun semula ketika aktiviti memburu harga murah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank susut empat sen kepada RM8.40, Public Bank susut lapan sen kepada RM3.93, CIMB susut 11 sen kepada RM5.22, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM6.95, dan TNB turun dua sen kepada RM9.30.

Antara saham aktif, Vinvest Capital susut setengah sen kepada 22 sen, BSL Corporation turun satu sen kepada lima sen, E.A. Technique (M) susut tujuh sen kepada 22 sen, dan Awanbiru Technology turun tiga sen kepada 44 sen, manakala MY E.G. Services naik satu sen kepada 78.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Syariah susut 135.87 mata kepada 10,514.08, Indeks FBM Emas susut 142.21 mata kepada 10,233.21, FBM ACE susut 87.78 mata kepada 5,211.28, Indeks FBMT 100 susut 137.56 mata kepada 9,924.35, dan FBMT 70 jatuh 139.05 mata kepada 13,105.33.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 226.99 mata kepada 15,493.40, Indeks Perladangan menguncup 106.11 mata kepada 6,686.22, Indeks Tenaga turun 17.60 mata kepada 835.23, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.74 mata kepada 169.83. - Bernama