APPM teruskan pencarian nelayan hilang

Anggota APPM melakukan operasi mencari dan menyelamat nelayan hilang sejak tiga hari lepas selepas dipercayai terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong.
Anggota APPM melakukan operasi mencari dan menyelamat nelayan hilang sejak tiga hari lepas selepas dipercayai terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong.
A
A
A

YAN – Operasi mengesan nelayan warganegara Thailand yang dipercayai telah hilang setelah terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong sejak Ahad lepas ketika menangkap ikan diteruskan semula.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata berkata, operasi mencari dan menyelamat menggunakan bot dan kapal telah disambung pada jam 7 pagi, semalam.

Katanya, operasi itu membabitkan sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bot Pasukan Polis Marin dan beberapa buah bot nelayan tempatan.

“Malah, sebuah Kapal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut digunakan, yang mana sektor pencarian dibahagikan kepada enam sektor berdasarkan aset-aset yang terlibat,” katanya.

Keluasan kawasan pencarian nelayan dikhuatiri terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong pada Ahad lepas.
Keluasan kawasan pencarian nelayan dikhuatiri terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong pada Ahad lepas.

Beliau berkata, semua agensi yang terlibat turut diberi taklimat di Jeti Nelayan Sungai Udang, di sini, melibatkan kawasan pencarian dengan keluasan 345 batu nautika dari lokasi kejadian.

Kelmarin, MRSC Langkawi telah mengaktifkan operasi SAR bagi mengesan seorang nelayan warganegara Thailand dipercayai telah hilang setelah terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong pada 21 April.

Orang awam diminta melaporkan sebarang penglihatan mangsa atau objek di sekitar kawasan berkenaan di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel Berkaitan: