Toyota Vellfire PDRM ditemui di Teluk Intan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kenderaan milik jabatan digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang hilang sejak 17 April lalu ditemui di Teluk Intan, Perak jam 5 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Hilir Perak menemui kenderaan Toyota Vellfire warna hitam itu di belakang sebuah bangunan di Taman Melor Sejati, Sejati Waterfront, Teluk Intan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut adalah kereta dilaporkan hilang bersabit kes curi kenderaan di Kajang.

"Kenderaan dibawa balik ke IPD Hilir Perak untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 April lalu, kenderaan mewah itu disedari hilang oleh pemandunya berusia 31 tahun sebaik selesai makan di restoran sebuah restoran.

Pemandu terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Jinjang selepas selesai menyelenggara kenderaan itu sebelum menuju ke Negeri Sembilan.

Pemandu singgah untuk makan di sebuah restoran di Sungai Ramal jam 7 malam dan sebaik selesai makan satu jam kemudian, dia menyedari MPV berkenaan hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan rasmi PDRM hilang

Artikel Berkaitan: