Lelaki didakwa ugut wanita tak dikenali

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana didakwa mengugut mahu mencederakan wanita tidak dikenalinya, pada Januari lalu.

Tertuduh, Muhamad Zulkifli Abdullah, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu mencederakan mangsa yang tidak dikenalinya, Raimah Daud, 56, di Jalan Banggol Kampung Paya Keladi, kira-kira jam 10.30 malam, pada 16 Januari lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Razali dihadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Sejurus pengakuan tidak salah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 7 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.

Artikel Berkaitan: