Angka kematian tanah runtuh di Colombia meningkat 28 orang

Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa tanah runtuh di Rosas.
Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa tanah runtuh di Rosas.
A
A
A

ROSAS - COLOMBIA. Jumlah kematian akibat banjir lumpur di barat daya Columbia meningkat kepada sekurang-kurangnya 28 orang.

Menurut kenyataan agensi bencana alam dan risiko Columbia (UNGRD) di Twitter, pasukan penyelamat menemui 11 lagi mayat mangsa dewasa dan kanak-kanak di Rosas.

Sumber UNGRD memberitahu, dua lagi mangsa masih belum ditemui dan harapan untuk menemui mereka dalam keadaan hidup semakin tipis.

Ketua jabatan bomba tempatan, Juan Carlos Ganan berkata, impak kuat dari banjir lumpur itu menyebabkan harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup agak mustahil.

Katanya, hujan lebat sejak beberapa minggu lalu menyebabkan risiko untuk banjir lumpur berlaku lagi agak tinggi. - AFP

Artikel Berkaitan: