Lynas mohon kerjasama kerajaan baharu

lynas
lynas
A
A
A

KUANTAN - Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) menaruh harapan agar kerajaan memberi kerjasama dalam membangunkan Malaysia menjadi hab nadir bumi yang boleh dibanggakan.

Naib Presiden Bahagian Modal Insan dan Komunitinya, Mimi Afzan Afza berkata, Malaysia seharusnya mengambil peluang keemasan yang dibawa oleh Lynas kerana nadir bumi mempunyai banyak kegunaannya bagi menjana teknologi terkini dan masa depan

"Lagipun, kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng merupakan antara kilang yang paling banyak dikaji semula di negara ini dan laporan mengatakan ia beroperasi secara selamat.

"Jadi, mengapa hendak bunuh industri ini? Apa yang kita rayu adalah berkerjasama dengan kami. Jangan sia-siakan kepakaran yang kami ada di Lynas dan gunakan kepakaran yang ramai kita miliki di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada program Kembali Ke Sekolah anjuran syarikat berkenaan di sebuah gedung pakaian di sini hari ini.

Program yang memasuki tahun kelapan berturut-turut itu memanfaatkan 250 murid dari Balok, Kampung Selamat Pelabuhan, Sungai Ular di sini dan anak-anak pekerja Lynas yang layak untuk menerima sumbangan kelengkapan sekolah.

Sebelum ini, Lynas dilaporkan perlu meneruskan permohonan mereka dengan pihak berkuasa berkaitan di Australia untuk menghantar balik semua sisanya sebelum tempoh lesen penstoran untuk jenis sisa itu tamat pada September 2019.

Artikel Berkaitan: