Polis tahan 14 PATI di Kota Kinabalu

A
A

KOTA KINABALU - Polis menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi cegah jenayah yang dijalankan di enam lokasi di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata dalam operasi bermula jam 4 petang hingga 11 malam itu, mereka yang ditahan termasuk seorang wanita berumur antara 13 hingga 33 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi turut dibantu agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tumpuan operasi dijalankan di kawasan bandar raya bagi membendung kadar pertumbuhan PATI yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini.

"Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui Facebook Polis Kota Kinabalu dalam usaha untuk membanteras jenayah, PATI dan gejala sosial di Kota Kinabalu," katanya. - Bernama