Trump mahu tamatkan eksport minyak Iran

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. [DIKEMASKINI] Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengambil keputusan akan menamatkan pengecualian sekatan terhadap negara yang masih membeli minyak dari Iran.

Rumah Putih berkata, pengecualian untuk China, India, Jepun, Korea Selatan dan Turki akan berakhir pada Mei depan.

Sekiranya kesemua negara terbabit terus membeli minyak dari Iran selepas tempoh berkenaan maka mereka turut akan dikenakan sekatan.

Matlamat utama keputusan Trump itu adalah untuk menamatkan eksport minyak Iran sekali gus menyekat punca pendapatan utama negara terbabit.

Sementara itu, Iran bertegas sekatan yang dikenakan Trump adalah menyalahi undang-undang serta tidak mempunyai nilai atau kredibiliti.

Trump kembali mengenakan sekatan terhadap Iran pada tahun lalu selepas menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Iran serta enam lagi kuasa besar dunia yang dimeterai pada tahun 2015.

Di bawah perjanjian tersebut, Iran bersetuju menghadkan aktiviti nuklearnya dan membenarkan kemasukan penyiasat antarabangsa sebagai balasan untuk menarik balik sekatan.

Sekatan yang dikenakan AS menyebabkan kejatuhan ekonomi Iran, meningkatkan kadar inflasi dan menutup peluang perniagaan buat pelabur asing. - Agensi

Artikel Berkaitan: