X

Kindly register in order to view this article
!

Sektor pelancongan catat pelbagai pencapaian di peringkat dunia

Mohamaddin Ketapi
A
A

PUTRAJAYA - Prestasi sektor pelancongan negara mencatatkan pertumbuhan positif dengan beberapa pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, Malaysia berjaya mengekalkan rekod sebagai antara 10 negara yang memiliki destinasi pelancongan terbaik dunia 2018.

“Euromonitor International mengumumkan daripada 10 buah negara terpilih, enam daripadanya di Asia termasuk Malaysia.

“Bandaraya Hong Kong dan Bangkok berada di kedudukan dua teratas manakala Singapura, Macau, Kuala Lumpur serta Shenzen berada dalam kalangan 10 teratas di peringkat global,” katanya pada sidang media sempena setahun Pakatan Harapan mentadbir negara di sini, semalam.

Beliau berkata, rekod tersebut merupakan petunjuk bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan industri pelancongan yang mapan.

“Malaysia juga sedang berusaha keras mengukuhkan lagi industri pelancongan negara bagi mencapai sasaran kedatangan pelancong seramai 30 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion pada tahun 2020.

Beliau turut berkongsi kejayaan penganjuran Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat (IFLA2019) apabila dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca - Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Buku Dunia 2020 kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya.

“Program hebat bagi Ibu Kota Buku Dunia ini dihubungkan dengan Wawasan 2020 bagi Kuala Lumpur dan projek eko-bandar raya dikenali sebagai ‘River of Life’ dengan menempatkan kedai buku dan perpustakaan terbuka berhampiran laluan air yang baru dibaik pulih di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambah beliau, seni warisan Dondang Sayang turut diiktiraf UNESCO sebagai antara pencapaian terbaik bagi sektor itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus