Doktor pakar inkues Adib buat laporan polis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Dua doktor pakar yang merupakan saksi dalam Inkues kematian anggota bomba, Mohammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya pada jam 9.28 malam, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, mereka merupakan doktor pakar daripada Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu Ugutan Bencana Kepada Seorang Penjawat Awam," katanya.

Bagaimanapun, Fadzil berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut memandangkan inkues berkenaan masih berjalan.

Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.

Artikel Berkaitan: