Lagi lebih 20 penguatkuasa JPJ Pulau Pinang dipanggil

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil lebih 20 anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang untuk memberi keterangan di pejabatnya, hari ini.

Sumber berkata, kesemua mereka dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih di sekitar negeri ini.

Menurut sumber, semua anggota penguatkuasa gred 19 hingga 32 itu dikehendaki hadir ke ibu pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, bermula jam 9 pagi ini.

"Panggilan itu adalah siri yang ketiga selepas 46 anggota JPJ Pulau Pinang dipanggil untuk memberi keterangan kes sama sejak minggu lalu," katanya.

Rabu lalu, 23 daripada 24 anggota penguatkuasa JPJ negeri yang direman SPRM dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi masih ditahan berikutan siasatan ke atasnya belum selesai.

Beberapa hari selepas itu, 22 anggota penguatkuasa lagi ditahan namun 17 daripada mereka difahamkan dibebaskan dengan jaminan.

Semua penguatkuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lima penguat kuasa JPJ direman, 17 dibebaskan dengan jaminan

Rasuah 'lori kebal': 22 lagi penguatkuasa JPJ ditahan SPRM

Penguat kuasa JPJ antara yang diberkas lindungi sindiket 'lori kebal'

Artikel Berkaitan: