Menteri Kabinet lemah hanya persepsi: Salahuddin

Salahuddin Ayub. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Salahuddin Ayub. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menangkis dakwaan bahawa barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) adalah lemah.

Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah bersifat persepsi kerana tiada data sahih yang boleh dijadikan bukti berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya rasa tiada kajian emperikal yang menjelaskan kenyataan itu. Itu persepsi mungkin.

"Tapi kalau Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menegur kami sebagai anggota Kabinet yang masih tak mencapai prestasi seumpamanya, saya sebagai Menteri Pertanian sedar saya bermula dari kosong, jadi kita harus tunjukkan kita mesti mampu bekerja itu sahaja," katanya pada sidang meja bulat bersama media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini semalam.

Mengulas lanjut isu yang sama, Salahuddin berkata, beliau sendiri sedang bekerja keras meskipun berhadapan tugas yang mencabar dan sukar.

"Kita tunjukkan kita mampu bekerja, jangan makan rasuah, tunjukkan apa perancangan kita.

"Jadi jika orang luar kata pasukan Dr Mahathir itu lemah saya tidak rasa begitu. Kita buat kerja, biar kerja kita yang membuktikannya dan akhirnya biar rakyat yang putuskan, yang penting bagi saya kita buat kerja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin memaklumkan buat pertama kalinya lima kementerian akan duduk bersama dan membincangkan langkah menangani isu orang tengah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, antara ideanya adalah mengenal pasti orang tengah berkenaan dan cuba memberi lesen kepada mereka kerana semua peraih, pemborong dan peruncit mempunyai lesen tetapi tidak bagi orang tengah.

Katanya, selepas mereka dilesenkan, lebih mudah untuk kerajaan memantau mereka dari segi harga, lokasi penjualan bahkan jumlah hasil pertanian yang boleh mereka ambil. “Itu idea peringkat awal yang bukan mudah untuk dilaksanakan tetapi kalau tak bermula dari sekarang, kita tak boleh buat apa-apa dengan isu orang tengah,” katanya.

Menurutnya, antara solusi terpantas menyelesaikan masalah orang tengah adalah dengan segera membina aplikasi pemasaran secara atas talian.

“Agro Bazar atas talian di bawah Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) akan kita perkemaskan dan mereka sedang belajar dengan aplikasi jualan atas talian yang lain,” ujarnya.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak