Muhyiddin akan didakwa esok

Muhyiddin - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Muhyiddin - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok.

Bercakap kepada Bernama, Azam berkata, ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih lagi sedang diambil keterangan, selepas Pengerusi Perikatan Nasional itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada 11.15 pagi tadi.

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menafikan dakwaan beliau ditahan SPRM ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, seperti dilaporkan beberapa portal media.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu, dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perkembangan siasatan kes berkenaan mendapat liputan ramai pengamal media tempatan dan asing, selain penyokong Muhyiddin yang berkumpul di luar bangunan SPRM sejak 7 pagi tadi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Laungan ‘Hidup Tan Sri' sambut Muhyiddin di SPRM

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin akan didakwa esok

ARTIKEL BERKAITAN:Tuan Ibrahim dakwa kes Muhyiddin pertuduhan terpilih

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali

ARTIKEL BERKAITAN:Penyokong Muhyiddin berkumpul depan pejabat SPRM

ARTIKEL BERKAITAN:Hanya petugas media, penyokong Muhyiddin masih belum kelihatan

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin ke SPRM esok