Tanam isteri hidup-hidup kerana minta cerai

Morales ( kiri) ditanam hidup-hidup oleh suaminya sendiri.
Morales ( kiri) ditanam hidup-hidup oleh suaminya sendiri.
A
A
A

MEXICO CITY - MEXICO. Gara-gara meminta cerai, seorang lelaki di Mexico tergamak menanam isterinya hidup-hidup.

Rene N bersama enam samseng dilaporkan melakukan perbuatan itu di Tuxtla Gutierrez, Chiapas pada 2014.

Pendakwa raya berkata, dia melakukan pembunuhan itu kerana tidak mahu mengeluarkan wang jika mereka bercerai.

"Rene N dan abangnya, Gehu N mengupah lima lelaki memukul Diaz Morales ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Samseng tersebut berpura-pura melanggar mangsa untuk memastikannya keluar daripada kereta," ujarnya.

Mereka kemudiannya menggali lubang di kawasan hartanah milik Gehu N sebelum mencampakkan Morales ke dalam 'kubur' dalam keadaan mata dan tangannya diikat.

Selain itu, mereka turut melemparkan konkrit untuk memastikan mangsa tidak dapat melarikan diri.

Mahkamah mendapati Rene N mengarahkan pembunuhan itu yang dirancang bersama abangnya.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman penjara 51 tahun dan tiga bulan di penjara El Amate dan diarah membayar ganti rugi 13,129 pound (RM70,440) kepada keluarga mangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan: