Tujuh pengebom bunuh diri lancar serangan

Kereta yang musnah ketika unit pemusnah bom cuba memusnahkan bom berhampiran Gereja St Anthony di Colombo sehari selepas insiden serangan berdarah itu. - Foto: AFP
A
A

COLOMBO - SRI LANKA. Seramai tujuh pengebom bunuh diri dipercayai terlibat dalam siri serangan bom serentak menyasarkan gereja dan hotel mewah di Sri Lanka.

Pegawai kanan bahagian forensik, Ariyananda Welianga berkata, dua daripada pengebom bunuh diri itu dilaporkan meletupkan diri mereka di Hotel Shangri-La.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati empat bom meletup pada waktu sama pada jam 8.45 pagi (waktu tempatan) disusuli dua letupan kira-kira 20 minit kemudian manakala letupan di hotel keempat dan sebuah rumah berlaku pada waktu tengah hari.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung baharu bermula jam 8 malam hingga 4 pagi (waktu tempatan).- Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia