Kumpulan Exists Reunion di AME2019

Kumpulan Exists Reunion di AME2019
Kumpulan Exists Reunion di AME2019
A
A
A

ANUGERAH Meletop ERA 2019 (AME2019) telah melabuhkan tirai dan semua pemenang telah diketahui.

Selain persembahan artis-artis jemputan pada malam tersebut yang hebat-hebat belaka menarik perhatian adalah penampilan kumpulan Exists di AME 2019 ibarat Reunion kumpulan tersebut.

Tampil dengan ahli kumpulan asal termasuk Ajai, Shah, Along, Musa dan Ujang serta dua penyanyi kumpulan tersebut Mamat dan juga Ezad Lazim.

Dengan persembahan lagu Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiring mengajak hadirin termasuk rakan artis turut menyanyi bersama dan persembahan mereka turut memberikan 'stand ovotion'.

Seolah-olah mengimbau kembali saat kegemilangan kumpulan itu, satu waktu dahulu.

Malah menerusi perkongsian di Youtube persembahan itu, rata-rata peminat mengucapkan terima kasih kepada AME kerana telah menjemput kumpulan itu bagi acara penutup majlis berprestij itu.

"Walaupun nampak simple santai tapi tangkap terus ke jiwa termenung sekejap dibuatnya," tulis Saiful Azri.

"Mantaplah seperti dulu (tajuk lagu) masih hebat. Mamat terbaik bersama Ezad. Gandingan yang mantap, terbaiklah kumpulan Exist, dua-dua penyanyi dibawa sekali," tulis Taratula Ulat Bulu.

Artikel Berkaitan:

"Akhirnya aku dapat juga tengok Exist bersatu. Harap nama Exist kekal di hati. Terima kasih Meletop Era mengembalikan memori kami semua, terubat rindu kami dengan exist. Terima kasih memori kami semua, terubat rindu kami dengan Exist. Terima kasih Meletop Era dan Izwan Nadzri," tulis Rais Radzi.

"Macam nak menitis air mata tiba-tiba teringat masa lalu, masa kecil-kecil dulu," tulis Fadle Am.

"Ya ALLAH, sebak sampai menitis air mata aku tengok ini. Terima Kasih AME 2019. Mengimbas kembali zaman remaja dulu. Gempak habissss," tulis Nadia Sameon.