Penunggang motosikal maut kemalangan

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa
A
A
A

AMPANG - Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 petang.

"Sepasukan sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori muatan pasir.

"Penunggang motosikal itu tersepit di bawah lori, kita telah mengeluarkan mangsa dengan menggunakan kaedah 'air lifting bag' serta 'hydraulic jack', pasukan perubatan mengesahkan mangsa berusia 60-an itu telah meninggal dunia," katanya.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: