Ahli PKR nafi 75 peratus keluar parti

pkrflag.jpg
pkrflag.jpg
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Mustapha Sakmud menafikan dakwaan bahawa ramai ahli parti itu akan keluar meninggalkan PKR.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan 75 peratus ahli parti itu meninggalkan PKR adalah tidak benar malah tidak menghormati kerjasama dengan parti lain.

"Kenyataan yang dibuat itu menggambarkan kedangkalan pemikiran tentang perkembangan politik di negeri ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas Pengarah Politik PKR Sabah Datuk Karim Ghani bahawa ramai anggotanya akan meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan PKR.

Katanya, setakat ini terdapat lebih 150,000 keanggotaan parti itu di Sabah yang juga negeri kedua tertinggi daripada segi bilangan anggota parti selepas Selangor.

Mustapha berkata Jawatankuasa Disiplin PKR juga turut memanggil Adris Taripin kerana sering mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan presiden dan pengerusi PKR negeri di media sosial tanpa menggunakan saluran yang betul.

"Pihak kepimpinan negeri berharap agar pimpinan dan ahli-ahli menggunakan saluran yang betul dalam mengutarakan aduan," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: