PKR Sarawak umum pelantikan barisan majlis pimpinan negeri

PKR
PKR
A
A
A

KUCHING - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak hari ini mengumumkan barisan kepimpinannya.

Ahli Parlimen Selangau yang juga Menteri Kerja Raya Baru Bian kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak.

Jawatan Naib Pengerusi I disandang oleh Willie Mongin, Naib Pengerusi II, Nicholas Bawin Anggat, Naib Pengerusi III, Voon Shiak Nie, Naib Pengerusi IV, Saifunnizam Sam dan Naib Pengerusi V, Nurhanim Mokhsen.

Jawatan Setiausaha pula disandang oleh Vernon Kedit, Bendahari George Chen, Timbalan Bendahari Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi, Ketua Penerangan Desmond Kho, Setiausaha Pengelola Iana Akam, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri (JPRN) See Chee How, Pengarah Pengurusan Strategik Pembangunan Luar Bandar Ali Biju manakala bagi jawatan Timbalan Setiausaha belum ditentukan.

Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi, Desmond Kho,Francis Teron Kadap, Iana Akam, Mohamad Salleh Shawkatali, Nicholas Mujah Ason, Noel Changgai Bucking, Norina Umoi, Numpang Suntai, Paul Baya, Reginald Abel dan Voon Shiak Nie.

Setiausaha PKR Sarawak, Vernon Kedit dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan itu dibuat oleh Baru Bian ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri di Ibu Pejabat PKR, Kuching pagi tadi.

Beliau berkata pelantikan tersebut berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 2021. -Bernama

Artikel Berkaitan: