Jangan kaitkan gaduh bola sepak dengan politik: Polis

Rakaman kejadian pergaduhan berdurasi 46 saat membabitkan pemain dan beberapa penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai dua hari lalu dimuat naik individu di Facebook sehingga menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk mengaitkannya dengan politik. Gambar kanan: Antara pemain cedera ketika pergaduhan tersebut.
Rakaman kejadian pergaduhan berdurasi 46 saat membabitkan pemain dan beberapa penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai dua hari lalu dimuat naik individu di Facebook sehingga menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk mengaitkannya dengan politik. Gambar kanan: Antara pemain cedera ketika pergaduhan tersebut.
A
A
A

JASIN - Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengaitkan insiden pergaduhan membabitkan pemain dan penyokong ketika Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Serkam di Sekolah Kebangsaan Pulai, dua hari lalu dengan politik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, setakat ini polis telah menahan seramai 23 individu bagi diambil keterangan berhubung kejadian membabitkan perlawanan antara pasukan kampung Tedong Darat dengan Serkam itu.

"Insiden pergaduhan tercetus sebaik sahaja perlawanan berakhir dan tidak puas hati dengan kekalahan dipercayai menjadi punca kejadian tersebut.

"Disebabkan itu mereka merusuh dan bertumbuk, polis ingin mengingatkan supaya orang ramai tidak mengaitkan kejadian ini dengan politik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Nor Yhazid lagi, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Rakaman kejadian pergaduhan berdurasi 46 saat membabitkan pemain dan beberapa penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai dua hari lalu dimuat naik individu di Facebook sehingga menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk mengaitkannya dengan politik.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang selepas berakhirnya perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara pasukan Tedong Darat bertemu Serkam yang berkesudahan pasukan Serkam memenangi perlawanan 3-2.

Bagaimanapun, sebaik wisel penamat telah terjadi pergaduhan membabitkan pemain dan penyokong antara kedua pasukan sehingga mengakibatkan beberapa orang mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan juga kejohanan merebut piala Penyelaras DUN Serkam yang bermula sejak awal Mac lalu adalah julung kali diadakan atas anjuran Japerun Serkam dan disertai 10 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Perlawanan penentuan juara yang sepatutnya dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan ekoran kejadian tersebut.