Kerajaan hasrat tambah kamera Awas di lokasi kemalangan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata cadangan itu kini dalam peringkat kajian dan penentuan semula lokasi untuk dibuat penambahbaikan dengan mengemaskini kawasan kerap kemalangan berasaskan data-data terkini.

“Kos pemasangan serta operasi kamera hanya akan ditentukan semasa pemasangan kamera itu dilakukan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Razali Idris yang ingin tahu berapa jumlah kos pembelian, pemasangan dan penyelenggaraan kamera Automated Enforcement System (AES) atau AWAS, serta berapa jumlah saman yang telah dikutip setakat ini.

Kamarudin berkata dari 1 September tahun lepas sehingga 17 April tahun ini, sebanyak 163,986 saman telah dikeluarkan dan kerajaan memperolehi kutipan sebanyak RM5,726,400 daripada saman-saman itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: