Pusat aktiviti untuk elak kanak-kanak berpeleseran

Arfan berkata demikian ketika Wacana Sinar Harian ke-79, Kanak-Kanak Dalam Jerangkap Sosial: Di Mana Kita?, hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Arfan Sulaiman menyatakan pihaknya menyediakan pusat aktiviti yang menjadi platform bagi kumpulan tersebut berkumpul.

Katanya, program dan pengisian pusat tersebut dirancang sendiri oleh kanak-kanak itu sendiri.

"Mereka juga mempunyai majlis perwakilan yang kemukakan idea untuk disalurkan kepada kerajaan. Elemen penyertaan ini dinyatakan jelas dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang memberi ruang untuk kumpulan ini meluahkan dan memberi cadangan.

"Cadangan-cadangan ini dimasukkan dan digunapakai dalam pindaan Akta Kanak-Kanak. Banyak cadangan mereka ini dimasukkan dalam akta itu. Malah ada yang mencadangkan supaya hukuman dikenakan terhadap ibu bapa yang tidak meluangkan masa dengan anak. Tapi itu tidak dimasukkan dalam Akta Kanak-Kanak," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke - 79

Kanak-Kanak Dalam Jerangkap Sosial: Di Mana Kita?, hari ini.

Menurutnya, undang-undang Malaysia menjaga hak dan kebajikan kanak-kanak.

"Dalam Akta Kanak-Kanak tidak ada perkataan hukuman atau dijatuhkan hukuman. Akan tetapi ia diperintahkan untuk melalui proses pemulihan.

"Mengapa begitu, kita sedar anak-anak banyak masa lagi untuk teruskan hidup. Kalau dilabel dengan perkataan negatif ia menjejaskan perkembangan hidup kanak-kanak ini," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia