Nikmati The Singing Pizza' di Pizza Hut

Nyanyian Fattah Amin dan Fazura melalui lagu 'paling sempurna' turut tersenarai dalam 'The Singing Pizza'.
Nyanyian Fattah Amin dan Fazura melalui lagu 'paling sempurna' turut tersenarai dalam 'The Singing Pizza'.
A
A
A

BILA sebut Pizza Hut, pasti ramai yang sukakannya. Manakan tidak rasa pizanya enak dan amat memenuhi citarasa rakyat negara ini.

Kini Pizza Hut Malaysia (Pizza Hut) selaku rangkaian piza nombor satu negara memperkenalkan cara terbaru untuk menikmati piza menerusi 'The Singing Pizza'.

'The Singing Pizza' bakal mengubah cara rakyat negara ini menikmati piza melalui penggunaan kotak piza berinovasi, ia bertindak sebagai kotak muzik.

Pelanggan akan menikmati pengalaman yang mengasyikkan dan sukar untuk digambarkan bermula sekarang hingga Disember nanti.

Rasai keenakan piza sambil menikmati 200 lagu percuma
Rasai keenakan piza sambil menikmati 200 lagu percuma

Pengarah Eksekutif - CEO Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd, Merrill Pereyra berkata, syarikat mahu memberi pengalaman citarasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler pula memberitahu, pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat negara mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh bersemangat.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat negara ini begitu dekat dengan muzik, jadi kami mahu menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik menjadi satu pengalaman yang serba baharu.

"Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat dalam erti kata yang sebenar," katanya.

Justeru itu, Pizza Hut telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia bagi berkongsi satu pengalaman yang serba baharu untuk rakyat negara ini.

'The Singing Pizza' menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik!

Senarai lagu 'The Singing Pizza' terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Fattah Amin dan Fazura melalui lagu 'paling sempurna', Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.

Majlis pelancaran disertai beberapa selebriti yang terlibat dalam 'The Singing Pizza'.
Majlis pelancaran disertai beberapa selebriti yang terlibat dalam 'The Singing Pizza'.

The Singing Pizza boleh didapati dalam bentuk:

Kotak Piza: ia disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh pelanggan dan memainkan muzik eksklusif melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan untuk dibawa pulang atau melalui penghantaran.

Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran memilih senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di situ.