Pemilik FB hina Agong dipercayai warga asing

Mohamad Fuzi memakaikan pingat kepada pegawai dan anggota pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas Briged Tenggara Pusat Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing, semalam.
Mohamad Fuzi memakaikan pingat kepada pegawai dan anggota pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas Briged Tenggara Pusat Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Polis tidak menolak kemungkinan bahawa pengendali akaun laman sosial Facebook 'Sabah-Sarawak Merdeka' yang membuat penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong dikendalikan oleh warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah mengambil semua tindakan bagi mengesan suspek termasuk menggunakan bantuan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, bantuan dari SKMM diperlukan bagi memastikan suspek dikesan seterusnya di tangkap atas tindakan yang dilakukan mereka.

"Kita tidak tolak kemungkinan pengendali laman berkenaan mungkin warga asing. Kalau ada sekiranya suspek dikenalpasti, tindakan undang-undang akan diambil.

"Segala tindakan sudah kita ambil dan dakwaan pihak tertentu kononnya polis berdiam diri serta tidak ambil tindakan adalah tidak berasas," katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas Briged Tenggara Pusat Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing, hari ini.

Turut hadir pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Muhamad Fuzi
Muhamad Fuzi

Pada majlis itu, seramai 222 pegawai dan anggota polis dari PGA dari zon Pantai Timur yang berkhidmat semasa darurat sehingga tahun 1990 menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ kerana memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong perbuatan melampau

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sangat biadab, lucut kerakyatan individu hina Agong'

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, sebanyak 267 laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara.

Jelasnya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan pemilik akaun Facebook berkenaan kerana laman itu sudah disekat.

Bagaimanapun, beliau berkata,ia hanya boleh diakses di luar negara jadi ia akan mengambil sedikit masa.