11,778 penagih dadah dipulihkan di Terengganu

Mohd Nor (dua, kanan) menyampaikan penghargaan kepada penerima sempena Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019, di sini, semalam.
Mohd Nor (dua, kanan) menyampaikan penghargaan kepada penerima sempena Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019, di sini, semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 11,778 penagih dadah dipulihkan di Terengganu dalam tempoh empat tahun bermula 2014 hingga 2018.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Rosland Hussen berkata, data daripada sumber dasar AADK itu menunjukkan peratusan pemulihan sebanyak 0.96 peratus daripada jumlah penagih yang dikesan di Terengganu.

Menurutnya, pelbagai kaedah pemulihan digunakan oleh pusat pemulihan dadah persendirian bersama pihak AADK bagi memastikan penagih berhenti daripada mengambil bahan terlarang itu.

“Pusat pemulihan dadah di Terengganu menggunakan terapi kerohanian dan kerjaya atau kemahiran hidup bagi memulihkan pesakit.

“AADK pula menggunakan kaedah psikososial dan kerohanian serta kemahiran kerjaya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019, di sini.

Mohd Nor (tengah) merakam gambar bersama pihak penganjur dan penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019, di sini, semalam.
Mohd Nor (tengah) merakam gambar bersama pihak penganjur dan penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019, di sini, semalam.

Majlis yang diadakan bagi meraikan komitmen semua pihak terhadap aktiviti pemulihan penagihan dadah itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Pada majlis itu, sebanyak empat anugerah diberikan antaranya anugerah komitmen jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO) diberikan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu dan Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Anugerah motivasi dalam kepulihan dadah diberikan kepada empat pusat pemulihan dadah persendirian iaitu Rumah Rakan Islah, Pondok Remaja Inabah, Madrasah KHairul Insan (HATI), dan 10 penerima daripada Pusat Perkhidmatan, Rawatan dan Pemulihan (CCSC) di bawah seliaan AADK.

Bagi anugerah kecemerlangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pula diberikan kepada empat bekas penagih yang bertugas di pusat pemulihan dadah persendirian serta pemberian cenderahati kepada tujuh PRS yang telah menamatkan kontrak perkhidmatan bersama AADK.