Tiga remaja termasuk calon SPM ditahan polis

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan tiga remaja termasuk seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menunggang motosikal secara berbahaya, pada lewat malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisioner Rahmat Ariffin, kesemua remaja berkenaan ditahan sekitar 11 malam oleh oleh Skuad 42 Trafik Iskandar Puteri yang menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Link Kedua Arah Selatan.

“Ketiga-tiga remaja ini ditahan kerana menjadikan perlumbaan di jalan raya sebagai tempat melepaskan geram.

“Mereka turut menunjukkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya iaitu secara zig-zag, willie dan superman.

“Kesemua remaja berkenaan telah dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah), Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebanyak 16 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pada operasi berkenaan selain serta tiga motosikal disita di bawah Seksyen 42 (1) APJ dan sebuah motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987.