PM janji selesai isu kuota Program Matrikulasi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir merasmikan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan 'Memartabatkan Hak Orang Asli' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir merasmikan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan 'Memartabatkan Hak Orang Asli' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menyelesaikan isu kuota Program Matrikulasi yang dipertikai oleh beberapa pihak.

"Kita akan kaji masalah ini," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kabinet bincang isu Matrikulasi Rabu ini

Kuota bukan Bumiputera ke matrikulasi bersifat one-off: Menteri

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik turut berjanji untuk membawa isu tersebut ke mesyuarat Kabinet Rabu ini bagi mendapatkan keputusan sewajarnya.

Isu tersebut ditimbulkan oleh beberapa pihak terutama daripada masyarakat India yang tidak berpuas hati dengan kuota yang diperuntukkan terhadap kaum itu.

Kementerian Pendidikan sebelum ini kekal dengan dasar asal iaitu 90 peratus tempat untuk pelajar Bumiputera dan 10 peratus bagi bukan Bumiputera di bawah program itu.

Tahun ini, penambahbaikan telah dibuat iaitu di samping mengekalkan dasar 90:10, pengambilan memberikan peluang tempat kepada 60 peratus pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Bagaimanapun, Kementerian pendidikan telah melihat semula semua cadangan termasuk cadangan penambahan kuota kaum bukan Bumiputera yang perlu selaras dengan dasar asal 90:10.

Dengan angka 25,000 pengambilan setiap tahun, dasar semasa yang digunakan adalah 22,500 untuk pelajar Bumiputera dan 2,500 untuk bukan Bumiputera.

Artikel Berkaitan:

Program itu diwujudkan asalnya adalah untuk Bumiputera sahaja.