Pelantikan Exco baharu Johor pagi ini

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dijangka berlangsung di Istana Bukit Serene pagi ini.

Sehingga jam 8.40 pagi tadi tujuh Exco lama telah memasuki pekarangan Istana Bukit Serene termasuk Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal.

ADUN Jementah, Tan Chen Choon yang sebelum ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran baharu kelihatan tiba di pintu masuk Istana Bukit Serene.

ARTIKEL BERKAITAN: Rombakan Exco syarat utama Sultan Johor

Meskipun beliau tidak menurunkan cermin tingkap kereta namun ada rakan media yang dapat mengecam wajah ADUN DAP itu.

Antara lapan ADUN memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini, termasuk Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, pagi ini. - Foto Raja Jaafar Raja Ali

Dua lagi kenderaan yang membawa ADUN dipercayai daripada Bersatu turut enggan membuka cermin tingkap untuk dirakam gambar oleh pihak media.

Artikel Berkaitan:

Antara lapan ADUN memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini, termasuk Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, pagi ini. - Foto Raja Jaafar Raja Ali
Antara lapan ADUN memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini, termasuk Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, pagi ini. - Foto Raja Jaafar Raja Ali

ARTIKEL BERKAITAN: Rombakan Exco Johor: 'Saya dah tahu akan diganti', kata Hong Pin

Setakat ini, kelibat dua Exco iaitu Tan Hong Ping dan Mazlan Bujang yang dikhabarkan digugurkan daripada barisan Exco baharu tidak kelihatan.

Dr Sahruddin dijangka mengadakan sidang media di pejabatnya tengah hari ini selepas majlis pelantikan barisan Exco baharu.