14 maut insiden tanah runtuh di Colombia

Anggota penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan ekoran tanah runtuh di Colombia semalam. - FOTO AFP
A
A

BOGOTA - COLOMBIA. Sekurang-sekurangnya 14 orang dilaporkan maut manakala lima yang lain cedera ekoran kejadian tanah runtuh di Colombia, semalam.

Pihak berkuasa memaklumkan, dalam kejadian awal pagi di daerah Rosas itu, lapan buah rumah telah tertimbus.

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan bagi mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap.

Agensi pengurusan bencana berkata, insiden tanah runtuh terbabit disebabkan oleh hujan lebat yang melanda sejak beberapa minggu lalu. - AFP