Pelawak terkenal menang pilihan raya presiden Ukraine

Volodymyr Zelensky (depan) meraikan kejayaan memenangi pilihan raya presiden Ukraine di Kiev, semalam.- Foto ABC News
Volodymyr Zelensky (depan) meraikan kejayaan memenangi pilihan raya presiden Ukraine di Kiev, semalam.- Foto ABC News
A
A
A

KIEV - UKRAINE. [DIKEMASKINI] Pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky dilaporkan memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu dengan majoriti besar.

Undian yang berlangsung semalam masih menunggu keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Ukraine, namun berdasarkan kiraan oleh agensi undian kebangsaan, Zelensky, 41, berjaya menewaskan Presiden Petro Poroshenko dengan memperoleh lebih 7O peratus sokongan pengundi.

"Saya masih belum secara rasmi dilantik sebagai presiden namun sebagai rakyat Ukraine saya boleh mengatakan kepada semua negara bekas Soviet Union, lihatlah kami, segalanya mungkin!.

"Saya tidak akan menghampakan semua rakyat Ukraine," kata Zelensky kepada penyokong ketika meraikan kemenangannya semalam.

Keputusan yang memihak kepada pendatang baharu dunia politik itu merupakan satu tamparan hebat buat Presiden Poroshenko dan kerajaannya yang dituduh gagal membela nasib rakyat.

Zelensky yang turut mendominasi pusingan awal pilihan raya yang berlangsung tiga minggu lalu bakal dilantik sebagai presiden Ukraine untuk tempoh lima tahun.

Dikenali ramai menerusi drama bersiri televisyen 'Servant of the People' di mana beliau memegang watak sebagai presiden Ukraine, Zelensky berdepan cabaran getir memajukan negara dengan hampir 44 juta penduduk itu.

Sementara itu, Poroshenko, 53, yang menerajui pemerintahan Ukraine sejak tahun 2014 mengakui kekalahannya namun bertegas tidak akan meninggal kan dunia politik. - Agensi

Artikel Berkaitan: