Tujuh maut kereta api Turki bertembung

Keadaan salah satu gerabak yang musnah dalam kemalangan tersebut.
Keadaan salah satu gerabak yang musnah dalam kemalangan tersebut.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Pihak berkuasa Turki berkata angka kematian akibat kemalangan kereta api di Ankara hari ini meningkat kepada tujuh orang.

Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi (waktu tempatan) itu, sebuah kereta api laju bertembung dengan satu lagi kereta api dan melanggar tembok lintasan pejalan kaki di sebuah stesen kereta api di Ankara.

Rakaman video menunjukkan pekerja bantuan di tempat kejadian berusaha menyelamatkan penumpang daripada beberapa gerabak yang tersepit di bawah sisa kemalangan di sebuah lintasan pejalan kaki di stesen Marsandiz, sebelah barat ibu negara itu.

Terdahulu, Gabenor Ankara, Vasip Sahin mengumumkan empat terbunuh dalam kemalangan itu.

Menurut laporan, seramai 46 penumpang cedera, termasuk tiga kritikal. - AFP

Artikel Berkaitan: