Kebun Komuniti beri pelbagai manfaat

Siti Mariah (tiga dari kanan) menunjukkan sayuran yang dipetik terus dari Kebun Komuniti Lapan Timur, Seksyen 8 semalam.
Siti Mariah (tiga dari kanan) menunjukkan sayuran yang dipetik terus dari Kebun Komuniti Lapan Timur, Seksyen 8 semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Kebun Komuniti Lapan Timur Seksyen 8, di sini wajar dipuji dan dijadikan contoh kepada komuniti lain.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita & Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program yang diusahakan penduduk itu bukan sahaja mampu menjana pendapatan malah mengeratkan lagi hubungan antara komuniti.

“Saya sangat kagum lihat tanah seluas dua ekar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti di sini dan ini kebun komuniti pertama yang sangat bagus dari segi pengurusan tanaman, malah dilengkapi landskap menarik.

“Saya gesa semua pihak berkuasa tempatan lain untuk sama-sama galakkan komuniti kita bercucuk tanam kerana ia bukan sekadar hobi yang baik tapi juga satu keperluan terutamanya dalam mendapatkan sayuran yang bebas racun serangga berbahaya,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Sayur Petik Sendiri dari Ladang sempena Sambutan Hari Bumi di Kebun Komuniti Lapan Timur Seksyen 8, semalam.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ir Cheremi Tarman dan Ketua Kebun Komuniti Lapan Timur Seksyen 8, Datuk Zainuddin Ahamad.

Siti Mariah (dua dari kanan) dan Cheremi mencuba salad yang ditanam secara organik oleh penduduk ketika melawat Kebun Komuniti Lapan Timur, Seksyen 8, semalam.
Siti Mariah (dua dari kanan) dan Cheremi mencuba salad yang ditanam secara organik oleh penduduk ketika melawat Kebun Komuniti Lapan Timur, Seksyen 8, semalam.

Siti Mariah berkata, selain bagus untuk aspek kesihatan, dengan berkebun juga dapat menjadi terapi bagi menghilangkan segala bentuk tekanan dihadapi.

Artikel Berkaitan:

“Berkebun juga bukan hanya untuk golongan berusia tapi boleh jadi satu aktiviti sihat untuk dimanfaatkan oleh golongan muda pada masa kini.

“Sayuran boleh dijual kepada pengedar-pengedar sayur organik bagi menjana pendapatan, malah difahamkan komuniti di sini turut memanfaatkan tanaman ini untuk aktiviti kebajikan,” katanya.

Tukilah bersama hasil kebun yang diusahakannya.
Tukilah bersama hasil kebun yang diusahakannya.

Sementara itu, seorang peserta, Tukilah Hashim, 59, berkata, dia gembira diberi peluang terlibat dalam program itu kerana minat berkebun.

“Macam-macam sayur dah kakak tanam seperti kangkung, sawi, kubis dan salad. Kesemua sayur ini kemudiannya akan dijual, beri kepada jiran atau kami tukar sesama pekebun di sini,” katanya.

Tukilah berkata, dia dan rakan-rakan lain berkebun bukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada untuk kesihatan dan mengeratkan silaturahim antara komuniti.

#shahalam #jualsayurpetiksendiri #kebunkomunitiseksyen8 SHAH ALAM - Program Kebun Komuniti Lapan Timur Seksyen 8, di sini wajar dipuji dan dijadikan contoh kepada komuniti lain. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program yang diusahakan penduduk itu bukan sahaja mampu menjana pendapatan, malah mengeratkan lagi hubungan antara komuniti. Laporan MOJO Sinar Harian Selangor, Hasniza Hussain

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, April 21, 2019