13 suspek diberkas di Sri Lanka

Letupan kelapan dilakukan seorang pengebom bunuh diri yang turut menyebabkan tiga anggota polis terkorban. - Foto AFP
Letupan kelapan dilakukan seorang pengebom bunuh diri yang turut menyebabkan tiga anggota polis terkorban. - Foto AFP
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA. Seramai 13 suspek ditahan susulan insiden siri pengeboman dahsyat menyasarkan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 200 nyawa di negara itu, semalam.

Media tempatan melaporkan tangkapan itu disahkan Menteri Pertahanan, Ruwan Wijewardena, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Lapan letupan yang menggegarkan seluruh negara itu disifatkan keganasan terburuk sejak perang saudara berakhir sejak sedekad lalu.

Susulan insiden itu, kerajaan telah menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara selain menyekat media sosial.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan berdarah itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: