TUDM perlu pesawat ronda maritim berspektrum penuh

Liew Chin Tong.
Liew Chin Tong.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat kritikal memerlukan pesawat rondaan maritim (Maritime Patrol Aircraft) berspektrum penuh sejajar dengan perkembangan geostrategik serantau dan kepentingan ekonomi negara, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

“TUDM turut menggariskan keperluan ‘Unmanned Aerial Vehicle’ (UAV) yang akan digandingkan bersama pengoperasian pesawat rondaan maritim bagi pemantauan dan pengawasan kawasan tanggungjawab maritim negara secara lebih efisien dan efektif,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Pada masa ini, operasi pemantauan di kawasan Laut China Selatan dilaksanakan oleh pesawat TUDM daripada jenis Beechcraft B200T.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang mendapat pesawat pemantau (reconnaissance aircraft) TUDM bagi melakukan operasi pemantauan kedaulatan negara dengan berkesan di Laut China Selatan.- Bernama

Artikel Berkaitan: