Malaysia sedia hulur bantuan kepada Sri Lanka: Saifuddin

A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia untuk menghantar bantuan kepada kerajaan Sri Lanka bagi kerja-kerja pemulihan di kawasan terjejas ekoran serangan bom terancang yang menggegarkan beberapa lokasi di negara pulau itu, dan mengorbankan lebih 130 orang hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata demikian dalam kenyataan ringkas yang dimuat ke dalam akaun Facebook beliau malam ini.

Saifuddin berkata beliau telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Sri Lanka, Tilam Marapana untuk menyampaikan takziah daripada kerajaan Malaysia kepada mangsa dan keluarga yang terjejas dalam insiden serangan yang tidak masuk akal serta kejam itu.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini dan menggesa supaya pelakunya dibawa ke muka pengadilan," tegas beliau.

Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan lebih 130 orang, termasuk sembilan warga asing.

Awal hari ini, Wisma Putra menerusi satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam insiden itu. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Lapan letupan dalam sehari

Puluhan maut dalam letupan di Sri Lanka


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia