Keputusan tidak kurnia pangkat kehormat tepat

No Image Caption
A
A
A

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan amalan mengurniakan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti sebagai tepat.

Presidennya Ismail Abidin berkata, langkah itu dapat mencegah salah guna kuasa dan kedudukan yang boleh menjejaskan nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dua hari lepas mengenai keputusan Kementerian Pertahanan menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada golongan itu.

Mohamad berkata, langkah yang diambil itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang ATM.

Menurut Ismail, ahli politik atau selebriti yang berminat memakai pangkat atau pakaian tentera harus bersedia menjalani latihan ketenteraan seperti menyertai Askar Wataniah bagi merasai disiplin ketenteraan yang perlu dipraktikkan setelah memakai pangkat dan pakaian tentera.

PVATTBM juga mahu kerajaan menarik balik pemberian anugerah yang telah diberikan kepada ahli politik atau selebriti sehingga mereka menyempurnakan kursus yang diperlukan dalam ATM, tambahnya.- Bernama

Artikel Berkaitan: