Gunung berapi Agung meletus lagi

Status amaran Agung kekal di peringkat kedua tertinggi.
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Gunung berapi Agung di pulau peranginan Bali dilaporkan meletus sekali lagi pada awal pagi tadi dan turut membebaskan debu vulkanik tebal setinggi 2 kilometer ke permukaan udara.

Letusan itu berlaku pada jam 3.21 pagi (waktu tempatan) dan abu tebal itu bertiup ke arah barat daya dan menyebabkan hujan abu vulkanik melanda daerah Karangasem, Bangli dan Klunglung.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, status Agung kekal berada di tahap tiga dan pihak berkuasa terus menguatkuasakan zon larangan dalam lingkungan 4 kilometer.

"Ribuan topeng muka telah diedarkan kepada masyarakat setempat kerana bimbang debu tebal itu akan memberi kesan kepada saluran pernafasan mereka," katanya.

Pada 1963, letusan terakhir Agung telah meragut lebih 1,100 nyawa. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia